Thursday, December 3, 2020

Review Filem: Changeling (2008)

 Bismillah.

[Kredit]

Filem 'Changeling' ni mengisahkan Christine yang merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama seorang anak lelaki bernama Walter. Suatu hari Christine meninggalkan Walter keseorangan di rumah disebabkan panggilan mengejut dari tempat kerjanya. Malang sekali ketika dia pulang dari kerja, anak lelakinya hilang. Beberapa bulan selepas laporan polis dibuat, pihak LAPD mengkhabarkan bahawa Walter telah dijumpai dan mereka ingin Christine bertemu dengan anaknya dalam satu upacara yang dihadiri orang ramai termasuk pembuat liputan. 

Selepas bersemuka dengan kanak-kanak lelaki yang didakwa sebagai Walter tu sendiri, Christine mendapati itu bukanlah anak dia yang sebenar. Pihak polis cuba menafikan perkara itu dan meminta Christine mengambil masa untuk mengatasi trauma, kononnya. Christine kemudian mendapati kanak-kanak itu sudah bersunat dan sedikit lebih pendek daripada Walter yang dikenalinya. Christine cuba memberitahu pihak polis untuk teruskan siasatan tetapi pihak LAPD menolak. Apabila dia telah menyedari ketidakjujuran institusi polis ketika itu,dia cuba didiamkan dengan dimasukkan ke wad psikiatri. Walaubagaimanapun, Christine tak pernah putus asa. Usaha Christine mencari anaknya yang tak pernah berhenti akhirnya berjaya mengheret polis-polis korup pada ketika itu ke pengadilan.




[Kredit]


Filem ni berlatarkan masa tahun 1928, jadi vibe dia sangat retro terutamanya dari segi lenggok pertuturan dan pemakaian pelakon. Perkembangan plot filem ini agak perlahan dan durasi filemnya juga agak panjang melebihi 2 jam. 

Apa yang saya suka tentang filem ini adalah lakonan Angelina Jolie sendiri yang berjaya membawa perwatakan seorang ibu yang kehilangan anak dan wanita yang tertindas. Cara beliau menonjolkan emosi dalam filem ini bagi saya agak natural dan tidak nampak terpaksa. Kedua adalah tema dan mesej yang dibawakan iaitu berkaitan dengan korupsi dan penindasan golongan wanita. Ia membuatkan kita mengalami perasaan yang bercampur baur antara marah, sedih dan geram dengan watak-watak polis yang berorientasikan wang dan populariti sehingga sanggup menganiaya rakyat marhaen yang lemah. Lebih teruk lagi, filem ini adalah based on true story. 

Saya recommend filem ini pada penonton yang sukakan tema misteri, penyiasatan, korupsi, bad police dan undang-undang. Filem ini mungkin tidak sesuai bagi penonton yang suka menonton action kerana tak banyak aksi berlawan di dalamnya dan jalan ceritanya sendiri pun agak perlahan. Walaubagaimanapun, filem ini adalah filem yang sesuai dijadikan bahan dalam kajian atau tujuan pembelajaran khususnya untuk memupuk etika dalam berkhidmat dan pembinaan jati diri. Saya rate filem ini 7.5/10.

Selamat menonton.