Banyak kes teman lelaki membunuh/menyakiti teman wanita. Saya rasa kita hidup di zaman ramai orang beremosi tapi tak punya perasaan. Saya tak rasa saya 'single' kerana tiada siapa yang mahukan saya. Saya masih tak punya teman wanita kerana saya sendiri tidak membuka ruang untuk mengadakan hubungan. Semua orang mencari-cari teman tapi bukan untuk dicintai sebaliknya hanya untuk melempiaskan emosi. Bayangkan kita berkahwin dengan seseorang yang sebenarnya tak mencintai kita sepenuhnya. Atau pun seseorang yang kita sendiri tak mencintainya sepenuhnya. Kita hanya mahu cepat-cepat. Maka segalanya pun memang berlaku cepat-cepat. Termasuklah perpisahan.