Semalam Kak Maryam kongsikan beberapa gambar dan video dia dan suami membawa 3 beradik Amniy, Nayla & Fayoum bermain di taman.
Saya teringat tugasan research proposal yang saya siapkan bersama kawan saya, Syaqir berkaitan kesan aktiviti luar (outdoor activities) terhadap perkembangan anak². Dalam pembacaan saya, banyak sebenarnya kajian yang membuktikan aktiviti di luar rumah seperti berkebun, bermain tanah, mandi sungai, dsb dapat membantu perkembangan kanak² dalam aspek social & kognitif.
Bermain di luar membuka ruang untuk anak² kita kenal alam semula jadi secara dekat dan practikal. Contohnya bila anak jumpa kawasan berumput, berbatu & berpasir, mereka dapat belajar dengan segera bagaimana permukaan boleh jadi berbeza dan bagaimana rasanya jika dipijak. Mereka mungkin baru tahu ada pokok menjalar, ada pokok tumbuh tegak. Burung boleh terbang tapi tupai tidak.
Stimulus seperti ini malah dapat menggalakkan anak-anak kita berinteraksi dengan kita. Mereka akan banyak bertanya, mengajak, meminta izin, memanggil, memberitahu, berkongsi, dsb. Skil-skil seperti inilah yang akan melatih mereka lebih selesa dan yakin untuk bercakap dan bersosial sampai besar nanti.
Kelebihan semacam ini tak mungkin diperoleh jika kita hanya membiarkan anak² terperuk dalam rumah & terus asyik bermain gajet. Berpunca daripada gajet jugalah semakin ramai anak² kita hari ni menghadapi masalah lambat bercakap.
Aktiviti luar boleh jadi alternatif yg sangat berkesan untuk mengurangkan 'screen time' atau memisahkan terus anak² daripada gajet. Sesekali luangkanlah masa, bawa mereka meneroka. Biar mereka tahu ada daun yg tidak hijau. Ada tupai yang bersembunyi di dalam pokok. Ada awan yang tak berkepul.
Selepas dah keluar, janganlah kita pula yang bermain dengan smartphone. Layankan soalan-soalan mereka. Kebaikan aktiviti luar ni takkan berkesan juga kalau tiada komunikasi dua hala. Saya rasa hujungnya ia tetap berbalik pada kita. Seperti mana kita mahu anak kita berpisah daripada gajet, kita juga perlu buat perkara yang sama. Seperti mana kita mahu mereka keluar bermain di luar rumah, kita juga kena keluar bermain bersama.
Mendidik anak adalah mendidik diri sendiri.