Saturday, November 28, 2020

my irrational fear/ketakutan yang tidak rasional

 bismillah.

beberapa hari lepas, saya bermain filter di instagram. bermain filter memang salah satu hobi saya. saya akan mencari dan memilih filter secara rawak kemudian merakam reaksi diri saya sendiri apabila menggunanya. saya terjumpa satu filter yang mengajukan soalan kepada kita untuk kita jawab. soalan itu diberi secara rawak. dan soalan pertama yang muncul di skrin ketika itu adalah, "what is your irrational fear/apakah ketakutan anda yang tidak rasional?" 

saya termenung lama. saya tahu saya ada banyak ketakutan tapi saya tak dapat fikirkan apa-apa ketika itu.

antara ketakutan saya adalah mati lemas, ditanam hidup-hidup, berjumpa doktor gigi dan menaiki kapal terbang. tapi saya masih rasa semua itu rasional untuk ditakutkan kerana masing-masing membawa maut kecuali yang pasal doktor gigi tu. saya takut berjumpa doktor gigi kerana peristiwa lama; saya pernah nampak lidah kakak saya terhiris selepas dia melakukan scaling. ya, agak kelakar.

bila saya fikir-fikir balik. saya rasa saya tahu ketakutan saya yang mungkin tidak rasional atau boleh jadi sangat ganjil pada ramai orang. ketakutan yang kerap buat saya anxious di waktu malam dan tidak dapat tidur. saya sebenarnya sangat takutkan - populasi manusia. 

ya. ini jawapan jujur dan bukan dibuat-buat. saya sendiri tak tahu bagaimana ingin menjelaskan ketakutan ni tapi, pernah tak kalian merasakan yang populasi manusia yang sangat ramai ni akan membesarkan semua perkara? contoh saya bagi, saya akan mengalami 'breakdown' selama beberapa minit selepas melihat sesuatu keburukan berlaku di mana-mana seperti penyeksaan haiwan, orang miskin & pencemaran alam. sebabnya saya akan berfikir, "bagaimana kalau apa yang saya lihat ni sedang dilakukan oleh ramai lagi orang di luar sana yang saya tak tahu pun wujud?". bagi saya populasi manusia membuatkan semuanya mempunyai frekuensi yang lebih besar.

lihatlah kepada hal-hal yang menjadi 'besar' hanya kerana ramainya bilangan orang yang mendokongnya. contohnya, pandemik, populariti, crowdfunding, online advertisement, penyebaran berita palsu, ajaran sesat dan banyak lagi. perkara-perkara ni menjangkau glob hanya kerana populasi manusia yang memperbesarkan kesannya dari seorang individu ke seorang indidividu lain sehingga menjadi ramai. saya tak pasti jika saya mengungkapkan pendapat saya ini dengan tepat. tapi itulah yang saya rasa. the people tend to magnify everything with their number.

saya akan berasa takut, risau dan sedih tak bertempat memikirkan ramainya orang atas muka bumi ni. memikirkan tentang kewujudan semua manusia selalu membuatkan saya rasa diri saya tidak penting dan hampir tidak wujud. pelik, tapi itulah apa yang saya rasa. bayangkan kita semua adalah sebutir gula, dan ada entiti lain yang sedang memandang kita, seorang chef misalnya, adakah dia akan perasankan kewujudan saya sebagai sebutir gula dalam sebalang gula dengan butir-butir gula yang lain? saya tak penting dan jika dia ingin mengambil sebahagian daripada 'kita' untuk diletakkan ke dalam masakan, gula yang masih di dalam dan yang sudah keluar balang, masing-masing masih sama tiada nilainya pada chef itu. 

ini sangat pelik. saya sendiri tak faham dengan apa yang saya fikirkan. saya cuma takutkan populasi manusia yang ramai. saya takut pada bilangannya yang sangat besar dan signifikan dalam banyak perkara. does that make sense????

entahlah. nama pun irrational fear. 

mengarutnya malam ni. bye.