Friday, December 18, 2020

kisah seorang lelaki bertemu raja

Bismillah.

Aku nak kongsi satu kisah yang aku dapat dari vlog Aida Azlin. Ada seorang lelaki yang sederhana. Dia teringin nak berjumpa dengan raja untuk mengucapkan terima kasih atas semua yang baginda dah buat untuk rakyat. Lelaki tu terasa perlu bawakan sesuatu sebagai buah tangan. Tapi apalah yang seorang raja perlukan? Memikirkan mereka tinggal di padang pasir, akhirnya dia buat keputusan untuk menghadiahkan raja sebekas besar air yang dikendong atas belakangnya. Tiba di istana, raja perkenan lelaki itu dibawa masuk. Lelaki tadi menghadap raja dengan senyuman lebar. Dia memuji dan mendoakan raja macam-macam. Dia mengatakan penghargaannya terhadap kebaikan raja. Kemudian baginda perasan bekas yang dikendong lelaki itu. Lelaki tu pun menjelaskan yang bekas itu diisi air sebagai tanda penghargaannya. Raja tadi tersentuh dengan budi pekerti lelaki tu dan memerintahkan supaya dipindahkan air itu ke bekas lain dan diisi bekas itu dengan harta sehingga penuh. Lelaki tadi sangat gembira dengan pemberian yang tak dijangka tu

Lelaki dengan raja tadi ibarat kita dengan Allah. Allah itu memiliki segalanya, kekayaan dan kekuasan Dia tu sedikit pun tak terjejas tanpa pengabdian kita. Malah kalau kita mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah pun, kita tidak memberi manfaat apa-apa kecuali kepada diri kita sendiri. Ada masa-masa kita rasa kita tak layak atau tak mempunyai secukupnya untuk menghadap Allah, untuk mula solat, untuk bertaubat, untuk mengatakan syukur. Kita tak sedar Allah itu tak hendakkan apa-apa untuk kita mendatangi Dia. Dan setelah kita mendatangi Dia, kita takkan sesekali 'pulang' dengan tangan kosong. Malah mendapat manfaat yang jauh lebih berlipat kali berganda daripada yang kita jangka. Jika kita mendatangi Allah dengan berjalan, Allah akan datang pada kita berlari.

Tuesday, December 15, 2020

random thought: i dont want anybody to get hurt

do you ever sympathize the people that might be destined to go to hell that you wish everyone will eventually outgrow whatever evil they are doing in this life. i do hope, sometimes, bad people to get the most torturing punishment. but then, the feeling is temporary. i always think no one deserve to be punished in hell for it is the worst place with the worst torture we can never imagine. no one could even bear. is it possible for everyone to get to learn their lesson before it's too late? i don't want anybody to get hurt.

Sunday, December 13, 2020

random thought: emosi tanpa perasaan

Banyak kes teman lelaki membunuh/menyakiti teman wanita. Saya rasa kita hidup di zaman ramai orang beremosi tapi tak punya perasaan. Saya tak rasa saya 'single' kerana tiada siapa yang mahukan saya. Saya masih tak punya teman wanita kerana saya sendiri tidak membuka ruang untuk mengadakan hubungan. Semua orang mencari-cari teman tapi bukan untuk dicintai sebaliknya hanya untuk melempiaskan emosi. Bayangkan kita berkahwin dengan seseorang yang sebenarnya tak mencintai kita sepenuhnya. Atau pun seseorang yang kita sendiri tak mencintainya sepenuhnya. Kita hanya mahu cepat-cepat. Maka segalanya pun memang berlaku cepat-cepat. Termasuklah perpisahan.

slp thingy: kebaikan aktiviti luar terhadap perkembangan anak-anak

    Semalam Kak Maryam kongsikan beberapa gambar dan video dia dan suami membawa 3 beradik Amniy, Nayla & Fayoum bermain di taman.

    Saya teringat tugasan research proposal yang saya siapkan bersama kawan saya, Syaqir berkaitan kesan aktiviti luar (outdoor activities) terhadap perkembangan anak². Dalam pembacaan saya, banyak sebenarnya kajian yang membuktikan aktiviti di luar rumah seperti berkebun, bermain tanah, mandi sungai, dsb dapat membantu perkembangan kanak² dalam aspek social & kognitif. 

    Bermain di luar membuka ruang untuk anak² kita kenal alam semula jadi secara dekat dan practikal. Contohnya bila anak jumpa kawasan berumput, berbatu & berpasir, mereka dapat belajar dengan segera bagaimana permukaan boleh jadi berbeza dan bagaimana rasanya jika dipijak. Mereka mungkin baru tahu ada pokok menjalar, ada pokok tumbuh tegak. Burung boleh terbang tapi tupai tidak. 

    Stimulus seperti ini malah dapat menggalakkan anak-anak kita berinteraksi dengan kita. Mereka akan banyak bertanya, mengajak, meminta izin, memanggil, memberitahu, berkongsi, dsb. Skil-skil seperti inilah yang akan melatih mereka lebih selesa dan yakin untuk bercakap dan bersosial sampai besar nanti.

    Kelebihan semacam ini tak mungkin diperoleh jika kita hanya membiarkan anak² terperuk dalam rumah & terus asyik bermain gajet. Berpunca daripada gajet jugalah semakin ramai anak² kita hari ni menghadapi masalah lambat bercakap. 

    Aktiviti luar boleh jadi alternatif yg sangat berkesan untuk mengurangkan 'screen time' atau memisahkan terus anak² daripada gajet. Sesekali luangkanlah masa, bawa mereka meneroka. Biar mereka tahu ada daun yg tidak hijau. Ada tupai yang bersembunyi di dalam pokok. Ada awan yang tak berkepul. 

    Selepas dah keluar, janganlah kita pula yang bermain dengan smartphone. Layankan soalan-soalan mereka. Kebaikan aktiviti luar ni takkan berkesan juga kalau tiada komunikasi dua hala. Saya rasa hujungnya ia tetap berbalik pada kita. Seperti mana kita mahu anak kita berpisah daripada gajet, kita juga perlu buat perkara yang sama. Seperti mana kita mahu mereka keluar bermain di luar rumah, kita juga kena keluar bermain bersama.

Mendidik anak adalah mendidik diri sendiri.

Friday, December 11, 2020

kotak masa

 bismillah.

sesuatu yang saya tulis pada selasa lepas, 8 november 2020, di dalam 'notes':

"Saya pernah terbaca satu buku yang di dalamnya penulis ada membuat satu analogi berkaitan memanfaatkan masa. Penulis itu menggambarkan setiap detik yang berlalu dalam hidup kita ini seperti kotak yang kita isikan dengan amalan. Di akhirat nanti kita akan membuka semula kotak-kotak ini untuk melihat amalan apa yang kita isikan di dalamnya. Ketika itu, katanya, pasti kita akan temukan bermacam-macam jenis kandungan. Ada kotak yang terisi dengan amal soleh, ada yang terisi dengan dosa & ada juga yang terisi dengan perkara sia-sia. Kotak yang paling kita tercari-cari pastilah yang berisi amal soleh kerana itu sahaja yang dapat menyelamatkan kita dari azab neraka. Ketika itu, kata penulis itu lagi, kita akan menyesali setiap kotak yang terisi dosa & perkara sia-sia & berharap untuk dihidupkan semula agar kita dapat beribadah semata-mata. Saya suka untuk bayangkan setiap detik yang berlalu sekarang adalah seperti kotak-kotak yang digambarkan itu. Bila terfikir sahaja pasal ni, saya akan cepat-cepat melakukan sesuatu kebaikan yang saya rasa mudah dan 'instant' seperti beristighfar dan berselawat. Mudah-mudah sahaja saya isi hampir 200 kotak dengan zikir yang baik. Malang sekali, saya juga ada masa-masa saya alpa. Mudah-mudah juga saya isi lebih 7200 kotak setiap hari dengan dosa dan hal yang sia-sia seperti sembang kosong dan menyakiti hati orang lain. Habislah saya, mesti banyak kekecewaan saya bila kotak-kotak yang akan saya selongkar di akhirat nanti kebanyakannya bukan berisi amal soleh. Agaknya perasaannya mungkin seperti membuka kotak hadiah dengan teruja tiba-tiba kandungannya hanya untuk mengenakan kita (prank). Kekecewaan di akhirat nanti pasti jauh berlipat kali ganda berbanding kekecewaan di dunia."

Thursday, December 3, 2020

Review Filem: Changeling (2008)

 Bismillah.

[Kredit]

Filem 'Changeling' ni mengisahkan Christine yang merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama seorang anak lelaki bernama Walter. Suatu hari Christine meninggalkan Walter keseorangan di rumah disebabkan panggilan mengejut dari tempat kerjanya. Malang sekali ketika dia pulang dari kerja, anak lelakinya hilang. Beberapa bulan selepas laporan polis dibuat, pihak LAPD mengkhabarkan bahawa Walter telah dijumpai dan mereka ingin Christine bertemu dengan anaknya dalam satu upacara yang dihadiri orang ramai termasuk pembuat liputan. 

Selepas bersemuka dengan kanak-kanak lelaki yang didakwa sebagai Walter tu sendiri, Christine mendapati itu bukanlah anak dia yang sebenar. Pihak polis cuba menafikan perkara itu dan meminta Christine mengambil masa untuk mengatasi trauma, kononnya. Christine kemudian mendapati kanak-kanak itu sudah bersunat dan sedikit lebih pendek daripada Walter yang dikenalinya. Christine cuba memberitahu pihak polis untuk teruskan siasatan tetapi pihak LAPD menolak. Apabila dia telah menyedari ketidakjujuran institusi polis ketika itu,dia cuba didiamkan dengan dimasukkan ke wad psikiatri. Walaubagaimanapun, Christine tak pernah putus asa. Usaha Christine mencari anaknya yang tak pernah berhenti akhirnya berjaya mengheret polis-polis korup pada ketika itu ke pengadilan.




[Kredit]


Filem ni berlatarkan masa tahun 1928, jadi vibe dia sangat retro terutamanya dari segi lenggok pertuturan dan pemakaian pelakon. Perkembangan plot filem ini agak perlahan dan durasi filemnya juga agak panjang melebihi 2 jam. 

Apa yang saya suka tentang filem ini adalah lakonan Angelina Jolie sendiri yang berjaya membawa perwatakan seorang ibu yang kehilangan anak dan wanita yang tertindas. Cara beliau menonjolkan emosi dalam filem ini bagi saya agak natural dan tidak nampak terpaksa. Kedua adalah tema dan mesej yang dibawakan iaitu berkaitan dengan korupsi dan penindasan golongan wanita. Ia membuatkan kita mengalami perasaan yang bercampur baur antara marah, sedih dan geram dengan watak-watak polis yang berorientasikan wang dan populariti sehingga sanggup menganiaya rakyat marhaen yang lemah. Lebih teruk lagi, filem ini adalah based on true story. 

Saya recommend filem ini pada penonton yang sukakan tema misteri, penyiasatan, korupsi, bad police dan undang-undang. Filem ini mungkin tidak sesuai bagi penonton yang suka menonton action kerana tak banyak aksi berlawan di dalamnya dan jalan ceritanya sendiri pun agak perlahan. Walaubagaimanapun, filem ini adalah filem yang sesuai dijadikan bahan dalam kajian atau tujuan pembelajaran khususnya untuk memupuk etika dalam berkhidmat dan pembinaan jati diri. Saya rate filem ini 7.5/10.

Selamat menonton.